Dash | Follow

عائشة كيدال


Catatan dan penulisan ini bukan kerana nama. Nama tidak menjamin Redha Rabbuna. Penulisan ini bukan kerana harta. Lagilah harta tidak menjamin ke syurga. Bukan juga kerana terpaksa. Memaksa itu bukan sifatnya Habibullah. Ini bukan kerana sesiapa, kerana sesiapa bukan ghoyah utama. Penulisan ini hanyalah kerana Allah kerana redha-Nya adalah kunci kejayaan dunia. Gerbang menuju ke Jannah



owner stuff VVIP Back


JANGAN memandang aku seperti MALAIKAT , jika aku melakukan kesilapan , kamu menghina aku seperti SYAITAN , sedangkan aku manusia biasa sama seperti KAMU. .





.


Susahnya Lupakan Dia. . .






Ramai remaja yang melalui situasi seperti ini. Ia terlanjur mencintai seseorang dan akhirnya terputus di tengah jalan.

Perkara asas yang perlu kita fahami ialah ingatan dan perasaan saling berkait. Apabila kita pernah mencintai seseorang, maka ingatan terhadapnya akan menjadi kukuh. Adalah mustahil untuk kita membuang masa cinta dan ingatan seperti membuang batu ke dalam air. Mana mungkin rasa dan ingatan itu dicampak sahaja dan langsung hilang. Biarpun kisah itu telah lepas bertahun-tahun, ia tetap ada di situ. Bagi remaja yang belum bercinta, fahamilah situasi ini baik-baik. Jangan terlanjur mencintai seseorang tanpa terlebih dahulu mencintai Allah dan Rasulullah SAW, kerana kesannya amat besar dalam kehidupan.


Kita telah terburu-buru mencintai seseorang wanita/lelaki asing tanpa terlebih dahulu belajar mencintai Allah dan Rasulullah SAW. Akibatnya, kita akan berasa kehilangan dan mudah dibelenggu kekecewaan. Perasaan ini akan membelit dari masa ke semasa dan mengganggu emosi secara berpanjangan. Percintaan kita dengan bekas kekasih telah berjalan selama bertahun-tahun dan ada juga berbulan-bulan. Itu adalah tempoh yang lama dan berbagai kenangan sudah tercipta. Apabila terputus, ia akan mengimbau memori silam dan mengusik perasaan. Akibat sentiasa dibayangi kenangan manis semalam, kita akhirnya berusaha mendapatkan kekasih lama kembali. Kononnya dengan niat mahu berubah dan berkahwin dengannya.





Berubah kerana manusia adalah salah! Apa sahaja perubahan yang mahu dibuat, wajiblah didasari kerana Allah SWT. Justeru, niat kita perlu diperbetulkan. Jika berubah kerana mahu berkawan dengan si perempuan/lelaki itu, jika dia meninggalkan kita, maka perubahan kita sia-sia. Kita akan kecewa lagi. Oleh itu, ingat! Berubahlah kerana Allah SWT dan mengharapkan pahala daripada-Nya. Jika kekasih lama tidak kembalik, percayalah bahawa Allah SWT akan mendatangkan seseorang yang lebih baik untuk kita. Kerana Allah Maha Mengetahui atas segala sesuatu. Akhirnya kita tidak akan kecewa lagi.

Biasanya kita menjadi sukar untuk melupakan seseorang kerana berasakan dia yang terbaik untuk kita. Kita RASA, hanya dia saja untuk kita. Kita RASA, tanpa dia kita tak boleh hidup. Kita RASA, kalau tidak kahwin dengan dia, dunia kita akan jadi gelap. Adakah perasaan itu tepat? Bukankah sebelum kita bercinta dahulu, kita boleh hidup dengan bahagia tanpa kehadiran dia? Kenapa setelah bercinta baru bertahun-tahun, berbulan-bulan atau berminggu-minggu, segala-galanya macam sukar dilupakan? Inilah sebenarnya RASA yang menipu. Sebenarnya kita tidak layak mengatakan ''Dia yang terbaik untuk aku.'' Sebaliknya, ''Hanya Allah sahaja yang mengetahui siapa terbaik untuk aku.''Justeru, orang yang merendah diri akan reda dan meminta daripada Allah agar mendatangkan jodoh untuknya. Bukan mendesak Allah agar mengembalikan orang yang pernah datang dalam hidup kita. Jangan kita memaksa Allah SWT mengikut kehendak kita, sebaliknya kita yang perlu belajar menerima takdir yang Allah SWT tentukan, kerana dia Maha Mengetahui.

Bersangka baiklah pada Allah SWT dan anggaplah perpisahan itu sebahagian daripada pergerakan jodoh. Apa yang perlu dilakukan sekarang ialah berhenti berharap kekasih lama kembali. Berdoa dan ikhlaskan hati agar Allah SWT menemukan kita dengan orang yang paling sesuai. Pasti ada nanti. Kemudia berubahlah menjadi manusia yang lebih bermaruah dan penuhi hati dengan menambahkan kecintaan kepada Allah dan Rasulullah SAW. Pasti rasa kecewa dan hambatan kenangan silam akan beransur-ansur reda. In shaa Allah!






Post a Comment