Dash | Follow

عائشة كيدال


Catatan dan penulisan ini bukan kerana nama. Nama tidak menjamin Redha Rabbuna. Penulisan ini bukan kerana harta. Lagilah harta tidak menjamin ke syurga. Bukan juga kerana terpaksa. Memaksa itu bukan sifatnya Habibullah. Ini bukan kerana sesiapa, kerana sesiapa bukan ghoyah utama. Penulisan ini hanyalah kerana Allah kerana redha-Nya adalah kunci kejayaan dunia. Gerbang menuju ke Jannah



owner stuff VVIP Back


JANGAN memandang aku seperti MALAIKAT , jika aku melakukan kesilapan , kamu menghina aku seperti SYAITAN , sedangkan aku manusia biasa sama seperti KAMU. .





.


Perigi Cari Timba




Memang tidak dinafikan bahawa perempuan yang dapat menjaga maruahnya dari mendekati lelaki ajnabi adalah amat baik. Namun, adakalanya perempuan perlu memulakan langkah untuk mengenali lelaki apabila didapati lelaki itu berakhlak dan beragama. Jika dibiarkan, nanti orang lain pula yang dapat. Maka, ini juga tidak salah.

Dibolehkan perempuan memulakan perkenalan dengan lelaki, harus hukumnya perigi mencari timba apabila ia memenuhi dua syarat. Pertama, niat perkenalan itu adalah untuk berkahwin dan bukannya untuk ''couple'' atau ''suka-suka''. Kedua, ia dilaksanakan melalui jalan yang diizinkan oleh syariat.





Kita boleh menjadikan cara Saidatina Khadijah R.A yang melamar Rasulullah SAW sebagai panduan dalam kes sebegini. Antara langkah yang perlu diperhatikan ialah:

Langkah pertama, merisik menerusi orang tengah. Sebagaimana Ummul Mukminin Khadijah menghantar hambanya Maisarah mengikuti rombongan perdagangan Nabi Muhammad SAW.

Proses merisik ini perlulah dilakukan dengan betul. Sebolehnya orang tengah yang merisik itu biarlah orang yang lebih dewasa, beragama, mengetahui batas pergaulan dan tahu hukum-hakam. Elakkan orang tengah itu anak dara yang juga mahu berkahwin. Dibimbangi nanti berlaku salah faham atau berlaku konflik cinta tiga segi. Silap haribulan, tukang merisik akhirnya merisik untuk diri sendiri. Parah!

Apa yang menjadi masalah remaja sekarang, mereka sendiri yang merisik dan mengurat lelaki yang disukai. Tiasa orang tengah. Mereka keluar berdua-duaan ke restoran dan panggung wayang, kononnya nak berkenalan. Padahal semua itu adalah budaya yang haram. Perbuatan sebegini akan mendapat balasan dan musibah dari Allah SWT.

Langkah kedua, apabila sudah berkenan dan menyukai seseorang itu, lantik orang tengah untuk menyampaikan hajat mahu berkahwin dengannya. Jangan perempuan itu sendiri yang meluahkan. Kerana ini boleh membuka pintu fitnah.
Sebagaimana Ummul Mukminin Khadijah juga menghantar wakil keluarganya bertemu dengan Nabi Muhammad SAW untuk menyampaikan hajatnya. Kewujudan orang tengah sangat penting untuk menjaga silaturrahim. Jika hajat perempuan itu ditolak, orang tengah akan menyejukkan keadaan dan meredakan suasana agar pihak perempuan tidak merasa malu atau kecewa yang amat.

Apa yang menjadi kesilapan remaja hari ini, mereka sendiri yang meluahkan perasaan mahu berkahwin setelah bercinta, bercouple, berpasangan ke sana sini. Setelah cinta menjadi bara, barulah mereka bersedia untuk berkahwin. Seandainya ada satu pihak menolak hasrat berkahwin, mulalah berlaku perang. Ada pihak yang dengki dan cuba sihir-menyihir, ada juga pukul-memukul dan ada yang sampai bunuh-membunuh. Ini adalah realiti. Awas! Couple secara haram yang tidak berakhir dengan perkahwinan, biasanya boleh membawa kepada konflik yang serius.Kerana itu, Islam sudah menunjukkan jalan kepada kita agar memilih orang tengah sebagai proses untuk menyunting kumbang atau melamar pasangan. Patuhilah syariat Allah. Semoga Allah menjaga kita sebelum dan selepas berkahwin. In shaa Allah!










Post a Comment