Dash | Follow

عائشة كيدال


Catatan dan penulisan ini bukan kerana nama. Nama tidak menjamin Redha Rabbuna. Penulisan ini bukan kerana harta. Lagilah harta tidak menjamin ke syurga. Bukan juga kerana terpaksa. Memaksa itu bukan sifatnya Habibullah. Ini bukan kerana sesiapa, kerana sesiapa bukan ghoyah utama. Penulisan ini hanyalah kerana Allah kerana redha-Nya adalah kunci kejayaan dunia. Gerbang menuju ke Jannah



owner stuff VVIP Back


JANGAN memandang aku seperti MALAIKAT , jika aku melakukan kesilapan , kamu menghina aku seperti SYAITAN , sedangkan aku manusia biasa sama seperti KAMU. .





.


Penyayangnya Si Bapa Kucing






Abu Huraurah RA atau nama sebenarnya Abdul Rahman bin Sakhar al-Dusi al-Yamani adalah seorang ahli suffah yang sentiasa berdamping dengan baginda Rasulullah SAWMasanya banyak dihabiskan di majlis-majlis ilmu bersama para sahabat. Ketekunannya sebagai seorang yang rajin menyebarkan hadis kepada orang ramai membuatkan beliau terkenal sebagai seorang sahabat Rasulullah SAW yang paling banyak meriwayatkan hadis iaitu sebanyak 5374 hadis. Beliau juga telah mengajar hadis kepada 800 orang murid.


    Selain terkenal sebagai perawi hadis, Abu Hurairah juga terkenal sebagai seorang yang bersifat penyayang. Gelaran Abu Hurairah yang diberikan oleh baginda Rasulullah SAW adalah kerana kegemarannya bermain dengan anak kucing. Minatnya pada kucing timbul setelah mendengar hadis Rasulullah SAW tentang seorang wanita yang dimasukkan neraka kerana mengurung seekor kucing hingga mati kelaparan. Sabda Rasulullah SAW: “Seorang wanita memasuki neraka disebabkan seekor kucing yang diikatnya. Dia tidak memberinya makan mahupun membebaskannya untuk makan serangga di tanah.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)



    Pernah suatu ketika seorang sahabat menemui seekor anak kucing yang sedang mengiau kerana kehilangan ibunya. Pada ketika itu, Abu Hurairah berada di tempat yang sama. Beliau dalam perjalanan menuju ke Masjid Nabawi, apabila melihat sahaja anak kucing itu, perasaan kasihan menyelubungi dirinya. Beliau tidak sampai hati untuk membiarkan sahaja anak kucing itu terbiar di jalanan, lalu dia mengambil dan meletaknya di dalam baju besar beliau. Sesampai sahaja di masjid, baginda Rasulullah SAW menyapa dan bertanya apa yang ada di dalam baju beliau. Lantas Abu Hurairah menjawab dan mengeluarkan anak kucing. Dari peristiwa itulah baginda Rasulullah SAW member gelaran kepadanya Abu Hurairah iaitu “Bapa kucing”.



    Gelarannya sebagai “bapa kucing” tidak sedikit pun menjejaskan maruah dan reputasi Abu Hurairah, malah inilah gelaran yang paling disukai tatkala namanya disebut, kerana Rasulullah SAW sendiri yang member gelaran itu. Selain itu juga, gelaran Abu Hurairah ini mengingatkan beliau kepada suatu amal soleh yang dilakukannya menerusi pembelaan seekor anak kucing. Kucing yang dipeliharanya itu diberikan makan, digendongnya, dibersihkannya dan diberinya tempat. Pada waktu malam beliau meletakkan kucing tersebut di atas sepohon pokok dan pada waktu siang beliau akan membawa kucing keluar bersiar-siar. Kucing itu selalu menyertainya seolah-olah bayang-bayangnya.



    Begitulah sifat Abu Hurairah yang kasih sayangnya tidah sahaja menjurus kepada kasih sayang kepada manusia tetapi kasihnya juga tertumpah pada haiwan. Beliau sangat mencontohi keperibadian Rasulullah SAW yang mana, baginda Rasulullah SAW juga bersifat penyayang kepada haiwan. Rasulullah SAW menuntut setiap insan agar melayan haiwan dengan baik dengan mengharamkan penganiayaan terhadap haiwan. Sabda Nabi Muhammad SAW maksudnya: “Berbuat ihsan pada setiap roh yang masih hidup terhadap ganjarannya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim).







Post a Comment