Dash | Follow

عائشة كيدال


Catatan dan penulisan ini bukan kerana nama. Nama tidak menjamin Redha Rabbuna. Penulisan ini bukan kerana harta. Lagilah harta tidak menjamin ke syurga. Bukan juga kerana terpaksa. Memaksa itu bukan sifatnya Habibullah. Ini bukan kerana sesiapa, kerana sesiapa bukan ghoyah utama. Penulisan ini hanyalah kerana Allah kerana redha-Nya adalah kunci kejayaan dunia. Gerbang menuju ke Jannah



owner stuff VVIP Back


JANGAN memandang aku seperti MALAIKAT , jika aku melakukan kesilapan , kamu menghina aku seperti SYAITAN , sedangkan aku manusia biasa sama seperti KAMU. .





.


Nak Jaga Batas




Banyak kita dengar hal tentang berkaitan masalah sayangkan kekasih tetapi bimbang berdosa jika diteruskan. Hal ini timbul apabila remaja tidak memahami hukum syariat dengan jelas. Ramai beranggapan bahawa bermesej dan berbual di telefon perkara biasa. Mereka sangka, jika keluar temu janji, berdua-duaan dan bersentuhan barulah haram. Kefahaman sebegini adalah silap.

Semua orang perlu jelas bahawa suara wanita adalah aurat, apatah lagi sekiranya ia membawa rangsangan kepada lelaki. Kebiasaannya apabila berbual di telefon, suara wanita boleh berubah menjadi manja dan menggoda tanpa disedari. Haram jika wanita berbual dalam keadaan suaranya merangsang syahwat lelaki. Begitu juga apabila bermesej menggunakan perkataan yang berbaur romantis dan seksual. Ia adalah haram kerana berkemungkinan membangkitkan nafsu dan di anggap sebagai zina hati. Untuk memastikan kita tidak dekat kepada dosa ini, maka Islam awal-awal lagi menyekat perhubungan seperti ini.

Apabila kita sayangkan seseorang, pastikan rasa sayang itu tidak membuatkan kita melanggar syariat Allah SWT. Nabi Muhammad telah mengajar kita panduan dalam kehidupan. Apabila kita mencintai Rasulullah SAW, maka kita akan membuat segala yang baik-baik sahaja. Sebarang perkara yang bercanggah dengan kemahuan nabi, maka ia sebenarnya buruk sekalipun nampak seperti elok.

Kita wajib melihat sesuatu perkara menerusi kaca mata agama. Bukan menerusi kehendak kita. Hanya jalan Nabi Muhammad SAW sahaja yang akan membantu kita memasuhi syurga Allah. Rasulullah SAW bersabda: ''Semua umatku akan masuk syurga kecuali orang yang enggan, maka bertanya sahabat siapakah mereka yang enggan? Jawab Rasulullah SAW: Orang mentaatiku maka mereka masuk syurga. Sesiapa yang mengingkari aku maka dia telah enggan.'' Oleh yang demikian, kita perlu melihat percintaan ini berpaksikan syariat Allah SWT.



Sebagai contoh, ramai orang bercinta melihat berdua-duaan dan berpegangan tangan itu seperti perkara yang romantik dan bahagia. Hakikatnya ia adalah dosa apabila dilakukan oleh teruna dan dara ajnabi. Ia boleh membawa kepada neraka Allah SWT. Begitu juga dalam soal bermesej dan berbual di telefon. Kononnya orang menganggap itu perkara lumrah dalam perkenalan. Hakikatnya ia adalah salah di sisi Allah SWT dan bercanggah dengan perintah Rasulullah SAW.

Lelaki yang baik, tidak akan meminta wanita yang disayangi berbuat dosa. Wanita yang baik, tidak akan membiarkan lelaki yang disayanginya hanyut dalam permainan nafsu. Apa yang penting, jika kita mengasihi saudara kita kerana Allah, maka kita perlu menjauhkan mereka daripada dosa ataupun zina hati. Bukan mudah untuk membuat orang lain faham tentang dosa berbual dan bermesej. Apa yang penting, kita pastikan dahulu diri kita sendiri tidak terlibat dalam perbuatan ini. Kita tidak perlu memberikan penjelasan yang berjela-jela. Cukuplah dengan menyatakan bahawa perhubungan yang tidak mengikut batasan syariat ini adalah dilarang oleh agama. Terserah kepada orang lain untuk faham atau tidak.

Seterusnya, jika kita menyayangi orang yang mahu berhubung dengan kita, cara terbaik untuk menzahirkan rasa cinta adalah dengan berdoa untuknya. Doakan agar dia cepat memahami halal dan haram. Doakan agar dia cepat memahami bahawa Islam melarang perbuatan yang tidak bermoral. Demi menjauhkan manusia dari terjebak kepada zina.







Post a Comment