Dash | Follow

عائشة كيدال


Catatan dan penulisan ini bukan kerana nama. Nama tidak menjamin Redha Rabbuna. Penulisan ini bukan kerana harta. Lagilah harta tidak menjamin ke syurga. Bukan juga kerana terpaksa. Memaksa itu bukan sifatnya Habibullah. Ini bukan kerana sesiapa, kerana sesiapa bukan ghoyah utama. Penulisan ini hanyalah kerana Allah kerana redha-Nya adalah kunci kejayaan dunia. Gerbang menuju ke Jannah



owner stuff VVIP Back


JANGAN memandang aku seperti MALAIKAT , jika aku melakukan kesilapan , kamu menghina aku seperti SYAITAN , sedangkan aku manusia biasa sama seperti KAMU. .





.


Minat Artis dan Pelakon Korea




Kita perlu membezakan antara suka, minat dan sayang. Secara fitrahnya semua orang suka melihat perempuan cantik dan pemuda yang kacak. Kerana ini adalah fitrah manusia sukakan sesuatu yang elok dan bagus. Minat pula timbul. Biasanya, orang yang meminati pemain bola adalah orang yang mengetahui maklumat tentang dunia bola sepak. Mustahil seseorang meminati bola sepak sedangkan dia sendiri tidak tahu apa itu bola sepak. Rasa sayang pula terhasil apabila rasa suka didorong dengan maklumat yang menguatkan minat, wujudlah rasa sayang yang kuat terhadap seseorang. Suka dan minat tidak salah, namun. . .Jika sayangkan artis. Ini masalah!

Kita perlu memahami bahawa hiburan adalah tidak dilarang dalam Islam. Namun, di sana ada batasan yang telah digariskan oleh syarak dalam berhibur. Apabila disebutkan drama Korea, maka kita tidak boleh menghukum semua drama Korea adalah buruk dan tiada moral. Adakalanya drama itu mengajarkan semangat sepasukan, kerjasama dan kasih sayang. Malangnya, kebanyakan drama Korea tidak mempunyai nilai yang cukup untuk mendidik kerana ia dihasilkan oleh orang bukan Islam.



Hukum menonton drama Korea adalah sama hukumnya menonton drama lain. Jika di sama ada pendedahan aurat dan perlanggaran batas syariat, maka ia adalah dosa. Jika diteruskan menonton, seolah-olah kita berterusan membuat dosa-dosa kecil. Orang yang melazimi dosa kecil ditakuti akan mati dalam Su'ul khatimah (Kematian yang buruk). Na'uzubillah! Berbeza jika menonton drama Islamik. Hukumnya harus selagi tiada perlanggaran syariat.

Bagi peminat yang melazimi drama Korea mahupun Bollywood atas tujuan berseronok, maka dia perlu berhati-hati kerana boleh membawa kepada minat dan sayang kepada artis yang JELAS bukan beragama Islam. Pelakon itu terang-terangan melakukan perbuatan haram seperti tidak menutup aurat, bercumbu, bersentuhan kulit, meminum arak di kelab dan sebagainya. Seandainya kita suka dan bersetuju dengan perbuatan mereka, maka seolah-olah kita juga bersubahat dengan dosa tersebut. Haram hukumnya dan berdosa. Berbeza jika kita menonton adenga maksiat dalam keadaan merasa benci dan meluat, ini bererti masih ada iman di dalam hati kita. Namun, wujudkah orang sebegini?

Apabila timbul rasa sayang kepada artis begini, maka di situ sudah berlaku perlanggaran sempadan syariah secara jelas. Nabi Muhammad SAW bersabda: ''Seseorang itu akan dihimpunkan di akhirat bersama orang yang disayanginya.'' Jika kita mencintai orang bukan Islam, bererti tempat kita di akhirat bersama orang bukan Islam. Na'uzubillah! Rasulullah SAW bersabda: ''Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga dia mencintai aku lebih daripada mencintai ibu bapanya, anak-anaknya dan manusia seluruhnya.'' Lihat, rasa cinta dan sayang adalah ukuran keimanan. Rasa cinta dan sayang di dalam hati itu sebenarnya adalah perlu diisi dengan cinta Rasulullah SAW. Bagaimana pula kita sanggup tukarkan ia dengan cinta terhadap artis yang kafir? Adakah wajar kita setarafkan cinta artis Korea dengan cinta Rasulullah SAW? Nah, secara tidak sedar sebenarnya orang yang mencintai artis adalah orang yang telah mencemarkan martabat cinta Rasulullah SAW. Adakah orang sebegini layak untuk Rasulullah SAW mengakui sebagai umatnya? Tepuk dada, tanyalah iman.





Post a Comment