Dash | Follow

عائشة كيدال


Catatan dan penulisan ini bukan kerana nama. Nama tidak menjamin Redha Rabbuna. Penulisan ini bukan kerana harta. Lagilah harta tidak menjamin ke syurga. Bukan juga kerana terpaksa. Memaksa itu bukan sifatnya Habibullah. Ini bukan kerana sesiapa, kerana sesiapa bukan ghoyah utama. Penulisan ini hanyalah kerana Allah kerana redha-Nya adalah kunci kejayaan dunia. Gerbang menuju ke Jannah



owner stuff VVIP Back


JANGAN memandang aku seperti MALAIKAT , jika aku melakukan kesilapan , kamu menghina aku seperti SYAITAN , sedangkan aku manusia biasa sama seperti KAMU. .





.


Kisah Rasulullah SAW Bersama Pemuda Syurga ‘Ukasyah’




Seperti yang pernah ana kata dan janjikan. .Ana ingin kongsikan sebuah cerita yang sangat menyentuh hati ana. .Saat ana baca kisah ini, saat itulah airmata ana mengalir. .Bacalah cerita ini dengan penuh teliti dan kusyuk. .Semoga cerita ini dapat member kesedaran, pengajaran dan menginsafkan diri kita. .


Pada saat sudah dekat ajal Rasulullah SAW, beliau menyuruh Bilal Bin Rabah azan untuk mengerjakan solat, lalu berkumpullah para Muhajirin dan Ansar di masjid Rasulullah SAW. Kemudian Rasulullah SAW menunaikan solat 2 rakaat bersama semua yang hadir.


Setelah selesai mengerjakan solat, beliau bangun dan naik ke atas mimbar dan berkata: “Alhamdulillah, wahai para Muslimin, sesungguhnya sayang seorang nabi yang diutus dan mengajak orang kepada jalan Allah dengan izin-Nya, dan saya ini adalah sebagai saudara kandung kamu, yang kasih sayang pada kamu semua seperti seorang ayah. Oleh itu kalau sesiapa mempunyai hak untuk dituntut, maka hendakalah dia bangun dan memberitahu saya sebelum saya dituntut di hari kiamat.


Rasulullah berkata sebanyak tiga kali kemudian bangun seorang lelaki yang bernama ‘Ukasyah Bin Muhshan’ dan berkata: “Demi Ayahh dan ibuku Ya Rasulullah SAW, kalau anda mengumumkan kepada kami berkali-kali sudah tentu saya tidak mahu mengemukakan hal ini.”


Lalu ‘Ukasyah berkata lagi: “Sesungguhnya dalam perang Badar, saya bersamamu Ya Rasulullah. Pada masa itu saya mengikuti unta anda dari belakang. Setelah dekat, saya pun turun menghampiri anda dengan tujuan supaya dapat mencium peha anda. Tetapi anda telah mengambil tongkat dan memukul unta anda supaya berjalan cepat,, yang mana pada masa masa itu anda terpukul pada tulang rusuk saya. Oleh itu saya hendak tahu sama ada anda sengaja atau Cuma hendak memukul unta tersebut.”

Rasulullah SAW berkata: “Wahai Ukasyah, saya sengaja memukul kamu.”

Kemudian Rasulullah SAW berkata kepada Bilal RA: “Wahai Bilal, kamu pergi ke rumah Fatimah dan ambilkan tongkat aku ke mari.”


Bilal keluar dari masjid menuju ke rumah Fatimah sambil meletakkan tangannya di atas kepala dengan berkata: “Rasulullah telah menyediakan dirinya untuk dib alas (Qishash).”


Setelah Bilal sampai di rumah Fatimah maka Bilal pun member salam dan mengetuk pintu. Kemudian Fatimah RA menyahut dengan berkata: “Siapakah di pintu?” Lalu Bilal berkata: “Saya Bilal, saya diperintahkan oleh Rasulullah SAW untuk mengambil tongkatnya.” Kemudian Fatimah RA berkata: “Wahai Bilal, untuk apa ayahku meminta tongkatnya?”


“Wahai Fatimah, Rasulullah SAW telah menyediakan dirinya untuk di qishash.”

“Wahai Bilal, siapakah manusia yang sampai hatinya untuk mengqishash Rasulullah SAW?”

Bilal tidak menjawab pertanyaan Fatimah RA sebaik sahaja Fatimah RA memberikan tongkat tersebut, Bilal pun membawa kepada Rasulullah SAW.


Setelah Rasulullah SAW menerima tongkat tersebut dari Bilal maka beliau pun menyerahkan kepada ‘Ukasyah’. Melihat hal yang demikian maka Abu Bakar R.A dan Umar R.A tampil ke hadapan sambil berkata: “Wahai ‘Ukasyah, janganlah kamu qishash baginda Rasulullah SAW, tetapi kamu qishash kami berdua.”


Apabila Rasulullah SAW mendengar kata-kata Abu Bakar dan Umar maka dengan segera baginda berkata: “Wahai Abu Bakar dan Umar, duduklah kamu. Sesungguhnya Allah SAW telah menetapkan tempat untuk kamu berdua.”


Kemudian Ali R.A bangun lalu berkata: “Wahai ‘Ukasyah! Aku adalah orang yang sentiasa berada disamping Rasulullah SAW. Oleh itu, kamu pukullah aku dan janganlah kamu mengqishash Rasulullah SAW.”


Lalu Rasulullah SAW berkata: “Wahai Ali, duduklah kamu. Sesungguhnya Allah SWT telah menetapkan tempatmu dan mengetahui hatimu.”


Setelah itu Hasan dan Husin bangun dan berkata: “Wahai ‘Ukasyah, bukankah kamu tidak tahu bahawa kami ini adalah cucu Rasulullah SAW. Kalau kamu mengqishash kami sama dengan kamu mengqishash Rasulullah SAW.”

Mendengar kata-kata cucunya Rasulullah SAW pun berkata: “Wahai buah hatiku, duduklah kamu berdua.”


Rasulullah SAW berkata: “Wahai ‘Ukasyah, pukullah saya kalau kamu hendak memukul.” Kemudian ‘Ukasyah berkata: “Ya Rasulullah SAW, anda telah memukul saya sewaktu saya tidak memakai baju.”

Maka Rasulullah SAW pun membuka baju, sebaik sahaja Rasulullah SAW membuka baju maka menangislah semua yang hadir.


Sebaik sahaja ‘Ukasyah melihat tubuh badan Rasulullah SAW maka dia pun memeluk Baginda dan berkata: “Saya tebus anda dengan jiwa saya, ya Rasulullah SAW. Siapakah yang sanggup memukul anda? Saya melakukan begini adalah supaya badan anda yang dimuliakan oleh Allah SAW bersentuhan dengan badan saya yang hina dan Allah SWT menjaga kulit tubuh saya dari neraka dengan kemuliaanmu.”


Kemudian Rasulullah SAW berkata: “Dengarlah kamu sekalian, sekiranya kamu hendak melihat ahli syurga, inilah orangnya.”

Kemudian semua para Jemaah bersalaman atas kegembiraan mereka terhadap peristiwa yang sangat genting itu. Setelah itu para Jemaah berkata: “Wahai ‘Ukasyah, inilah keuntungan yang paling besar bagimu. Engkaulah telah memperolehi darjat yang tinggi dan bertemankan Rasulullah SAW di dalam syurga.”
Moga umatmu ini mencintaimu sepertimana cintamu kepada kami. .








Post a Comment