Dash | Follow

عائشة كيدال


Catatan dan penulisan ini bukan kerana nama. Nama tidak menjamin Redha Rabbuna. Penulisan ini bukan kerana harta. Lagilah harta tidak menjamin ke syurga. Bukan juga kerana terpaksa. Memaksa itu bukan sifatnya Habibullah. Ini bukan kerana sesiapa, kerana sesiapa bukan ghoyah utama. Penulisan ini hanyalah kerana Allah kerana redha-Nya adalah kunci kejayaan dunia. Gerbang menuju ke Jannah



owner stuff VVIP Back


JANGAN memandang aku seperti MALAIKAT , jika aku melakukan kesilapan , kamu menghina aku seperti SYAITAN , sedangkan aku manusia biasa sama seperti KAMU. .





.


Halalkan Cahaya Itu






Suatu hari, seorang wanita muda masuk ke masjid menemui Imam Hambali lalu dia berkata, ''Wahai Imam Hambali, dengarkanlah kisahku ini semoga diriku dan dirimu mendapat keampunan Allah SWT.''

''Sesungguhnya aku ni seorang wanita yang miskin, aku tak punyai apa-apa kecuali tiga orang anak yang masih kecil. Hidup saya sungguh melarat sehingga kami tak punya lampu untuk menerangi rumah. Bagi menyara kehidupan kami empat beranak, saya bekerja memintal benang pada waktu malam dan menjualnya di pasar pada siang hari.''

''Di manakah suami kamu?'' tanya Imam Hambali.

''Suami saya gugur syahid apabila bertempur dengan Khalifah al-Mustakim yang kejam dan zalim. Sejak itu hidup kami melarat.'' jawab wanita itu.

Kemudian wanita itu menyambung lagi, ''Disebabkan rumah saya tak ada lampu, maka saya dapat memintal benang. Pada suatu malam, ada khalifah dagang dari Syam datang lalu singgah bermalam berhampiran dengan rumahku. Mereka membawa lampu yang banyak sehingga kawasan rumahku menjadi terang-benderang. Aku mengambil kesempatan untuk bekerja memintal benang di bawah cahaya lampu mereka. Persoalanku adalah apakah wang hasil jualan benang yang dipintal olehku daripada cahaya lampu milik khalifah itu halal untuk aku gunakan?''

Imam Hambali berasa kagum mendengar cerita wanita itu lalu bertanya, ''Siapakah kamu wahai wanita muda yang begitu mengambil berat akan hukum agama di saat umat Islam lalai dan kikir terhadap harta mereka?''

Wanita itu menjawab dia adalah adik perempuan kepada seorang Gabenor yang Imam Hambali kenali iaitu Gabenor yang sangat beriman dan beramal soleh.

Imam Hambali menangis terkenang akan Gabenor yang sangat baik itu. Setelah tangisannya reda, maka Imam Hambali berkata, ''Sesungguhnya aku amat takut akan azab Allah, kerana itu berilah aku masa untuk menjawab pertanyaan kamu. Pulanglah ke rumah dan esok kamu datang lagi ke sini.''

Malam itu Imam Hambali berdoa, bermunajat serta memohon petunjuk daripada Allah SWT. Pada keesokan harinya, wanita itu kembali ke masjid untuk mendapatkan jawapan yang dijanjikan.

''Bagaimana dengan jawpan tentang persoalanku semalam?'' tanya wanita itu sebaik sahaja dia bertemu Imam Hambali.

Lalu berkata Imam Hambali, ''Wahai wanita yang solehah, sesungguhnya kain penutup wajah kamu pakai itu adalah lebih baik daripada serban yang aku pakai. Sesungguhnya kamu seorang wanita yang berhati luhur, bertaqwa dan penuh rasa takut kepada Allah. Berkenaan pertanyaan kamu semalam, sekiranya kamu tidak mendapat izin daripada rombongan kafilah dagang itu, maka tidak halal bagimu menggunakan wang hasil jualan itu.''

Mendengar jawapan daripada Imam Hambali, wanita itu mula berasa susah hati selagi tidak mendapat keizinan daripada rombongan kafilah dagang. Wanita itu sanggup menemui mereka seorang demi seorang bagi mendapatkan keizinan.
Berita tentang wanita itu sampai ke pengetahuan Khalifah al-Mutawakkil (khalifah baru) dan baginda begitu kagum dengan wanita itu lalu memberinya wang sebanyak 10, 000 dinar. Wanita itu menemui Imam Hambali sekali lagi lalu bertanya mengenai wang yang dihadiahkan khalifah itu apakah halal dia menggunakannya.

''Khalifah juga pernah memberikan wang kepada aku sebanyak itu, tetapi aku sedekahkan kepada fakir miskin yang aku temui di jalan.'' jawab Imam Hambali.

Wanita itu pun memberikan wang tersebut kepada fakir miskin dan hanya mengambil sedikit sahaja daripada wang itu untuk membeli lampu bagi menerangi rumahnya.

*********

Subhana-Allah. .

Wanita ini telah memelihara dirinya daripada perkara yang meragukan dirinya iaitu syubhah. Apakah yang dimaksudkan syubhah?

Syubhah ialah sesuatu hukum yang tidak diketahui dengan jelas hukum halal dan haramnya.
Ramai yang terkeliru apabila di tanya tentang Syubhah dan haram.

Perlu diingat bahawa syubhah merupakan perkara yang hampir kepada haram. Jika terdapat secebis rasa syubhah, yakni keraguan dalam hati kita, maka ianya dianggap haram. Keraguan dalam perniagaan, pemilihan pemakanan adalah perkara yang paling ditakuti oleh masyarakat, namun perkara sedemikian kurang dititik beratkan dalam kehidupan seharian.

Daripada Abu Abdullah al-Nu'man Ibn Basyer RA berkata: ''Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: 'Sesungguhnya perkara yang halal itu terang/jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang/jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhah yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhah maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pegembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya.

Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara-perkara yang diharamkan-Nya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati.'' (Hadis riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim.)

Sebuah lagi kisah yang boleh kita jadikan iktibar adalah kisah kehidupan seorang imam yang bernama Imam Ahmad. Imam Ahmad merupakan ulama' yang begitu tinggi ilmunya dan tegas pendiriannya. Pernah suatu ketika Imam Ahmad melarang ahli rumahnya daripada mengambil sebarang manfaat daripada hasil gaji salah seorang anaknya yang dilantik menjadi qadi negara atas alasan bahawa wang gaji itu tidak begitu diyakini kesuciannya dan sumbernya serta kerja sebagai qadi terdedah kepada penipuan dan syubhat.

Suatu hari, isteri Imam Ahmad pergi menziarahi anaknya yang bekerja sebagai tuan qadi. Ketika mahu pulang, berlaku keadaan serba salah antara ibu dan anak di mana si anak berfikir jika tidak diberi sebarang buah tangan kepada ibunya akan menyebabkan orang ramai memandang serong terhadapnya yang tidak meraihkan ibu. Manakal si ibu pula berasa serba salah jika diambil buah tangan berupa roti itu maka dia mungkin akan dimarahi oleh Imam Ahmad (bapanya). Setelah berfikir sejenak, lalu si ibu menerima pemberian anaknya itu dan pulang ke rumah.

Imam Ahmad yang baru pulang dari tempat mengajar telah membuka tudung saji di atas meja dapurnya, lalu didapti ada roti yang berlainan daripada roti biasa didapatinya dan agak mahal harganya. Lantas dia bertanya kepada isterinya tentang roti tersebut, lalu isterinya tanpa berselindung memberitahu kisah sebenar mengenai roti itu. Imam Ahmad berasa marah dan meminta agar isterinya berusaha untuk menyelesaikan masalah roti tadi. Setelah beberapa waktu kemudian, Imam Ahmad sekali lagi menuju ke dapur dan didapati roti tadi telah tiada di atas meja lalu ditanya kepada isterinya tentang perkara itu. Isterinya dengan tenang mengatakan bahawa dia telah membuang roti tersebut ke dalam Sungai Dajlah. Mendengar jawapan daripada isterinya itu, lalu Imam Ahmad dengan tegas menyatakan bahawa beliau tidak akan makan lagi ikan hasil tangkapan daripada Sungai Dajlah kerana ikan-ikan itu sudah pasti memakan roti hasil gaji anaknya yang bekerja sebagai qodi. Begitulah betapa teliti dan cermatnya Imam Ahmad dalam menjaga makan minumnya agar tidak bercampur dengan hasil syubhat.






Post a Comment