Dash | Follow

عائشة كيدال


Catatan dan penulisan ini bukan kerana nama. Nama tidak menjamin Redha Rabbuna. Penulisan ini bukan kerana harta. Lagilah harta tidak menjamin ke syurga. Bukan juga kerana terpaksa. Memaksa itu bukan sifatnya Habibullah. Ini bukan kerana sesiapa, kerana sesiapa bukan ghoyah utama. Penulisan ini hanyalah kerana Allah kerana redha-Nya adalah kunci kejayaan dunia. Gerbang menuju ke Jannah



owner stuff VVIP Back


JANGAN memandang aku seperti MALAIKAT , jika aku melakukan kesilapan , kamu menghina aku seperti SYAITAN , sedangkan aku manusia biasa sama seperti KAMU. .





.


Siti Hajar Wanita Yang Taat Dan Sabar.





Pada fizikalnya, dia hanyalah seorang wanita berkulit hitam berasal dari Qibti, Mesir, dayang yang dihadiahkan Raja Mesir kepada Nabi Ibrahim AS dan Siti Sarah. Namun, di sebalik ketidaksempurnaan itu terpancarnya cahaya keimanan di wajahnya. Dialah, wanita sahaya yang dinikahi Nabi Ibrahim AS atas persetujuan Siti Sarah, isteri pertama Nabi Ibrahim AS, untuk mendapatkan penyambung keturunan dan perjuangan.

    Kebahagiaan tercipta tatkala Siti Hajar dan Nabi Ibrahim AS dikurniakan zuriat, namun kebahagiaan itu mengundang kegelisahan Siti Sarah. Maka, bermulalah kecintaan Allah SWT dengan menguji ketabahan Siti Hajar, apabila cemburu yang semakin bertaut di hati Siti Sarah.

    Perpisahan terungkap bagi mengelak persengketaan. Maka, wahyu diturunkan kepada Nabi Ibrahim AS agar Siti Hajar dan anak yang baru dilahirkan dibawa jauh dari kampung halaman mereka.

    Saat bahang terik matahari memancar perit diubun-ubun, Nabi Ibrahim bersama Siti Hajar dan puteranya meredah padang pasir yang kering kontang. Perjalanan panjang dan sukar itu menguji kesabaran suami isteri itu, namun hal itu tidak memberi kesan kepada mereka. Nabi Ibrahim AS hanya mengharapkan ketabahan hati untuk meninggalkan Siti Hajar dan anaknya di bumi gersang itu.

    Nabi Ibrahim AS menguatkan hatinya untuk terus bertawakal di sepanjang perjalanan mereka menuju Baitul Haram. Keyakinan berpadu di hati, bahawa Allah SWT tidak akan menganiaya hamba-hamba-Nya menguatkan lagi kesabaran untuk melangkah. Pasti tersimpan hikmah yang paling besar di sebalik perintah itu.

    Perjalanan yang mengambil masa selama kurang enam bulan tiba dipenghujungnya, saat mereka menjejak kaki di tanah Makkah. Sebuah lembah di tengah-tengah padang pasir menjadi pilihan Nabi Ibrahim untuk menapak.

    Bahang sinaran matahari yang membuatkan tekaknya kehausan, sedikitpun tidak diendahkannya. Yang difikirkannya, bagaimanakah cara untuk memberitahu isterinya tentang perintah Allah SWT itu. Sepanjang perjalanan tadi lidahnya seolah-olah kelu untuk berkata-kata.

    Setelah Siti Hajar diturunkan, tanpa berlengah lagi Nabi Ibrahim AS bersiap sedia untuk pergi. Melihat perlakuan suaminya, yang bergegas-gegas mahu pergi, ditariknya jubah suaminya sambil merayu-rayu: "Wahai suamiku, apakah aku akan ditinggalkan bersama anakmu di sini?" Tanpa memandang wajah isterinya yang dicintainya, Nabi Ibrahim AS hanya mampu menganggukkan kepala. "Sekiranya kerana dosaku menyebabkan engkau bertindak begini, ampunkanlah aku. Aku tidak sanggup ditinggalkan di tengah-tengah padang pasir yang kering kontang." Rayu Siti Hajar dalam sebak. "Tidak wahai isteriku, bukan kerana dosamu." jawab Nabi Ibrahim yang masih menundukkan wajahnya. "Kalau bukan kerana dosaku, bagaimana dengan anak ini. Anak ini tidak tahu apa-apa. Tergamakkah engkau meninggalkannya?"

    Kata-kata Siti Hajar itu membuatkan hati Nabi Ibrahim AS bagai disayat-sayat. Pilu dan pedih hatinya, hanya Allah SWT yang tahu. "Tidak, bukan itu maksudku. Tapi apa dayaku. Ketahuilah, ini semua adalah perintah Allah SWT."

    Apabila disebut perkara ini adalah perintah Allah SWT, Siti Hajar terdiam. Kelu lidahnya untuk ters merayu. Terbayang olehnya penderitaan yang bakal dihadapi sendirian nanti. Dia yakin kalau tidak kerana perintah Allah SWT, masakan sanggup suaminya meninggalkan dia serta anaknya di situ. Dia sedaya upaya menguatkan pergantungan dan pertolongan kepada Allah SWT. Namun hatinya masih tertanya-tanya, apakah hikmah di sebalik perintah Allah SWT itu? Sewaktu gelodak hatinya semakin memuncak, dengan rahmat Allah SWT, disingkapkan penglihatan Siti Hajar ke suatu masa akan datang. Digambarkan tempat itu nantinya akan didatangi oleh manusia dari serata pelusuk dunia, yang berduyun-duyun datang untuk membesarkan Allah SWT.

    Melihat peristiwa itu, terpujuklah hatinya. Kecintaanya kepada Allah SWT, dengan menegakkan agama-Nya, perlukan pengorbanan. Lalu dengan hati yang berat tetapi penuh keyakinan, Siti Hajar berkata kepada suaminya: "Jika benar ia adalah perintah Allah SWT, tinggalkanlah kami di sini. Aku reda ditinggalkan." Suara Siti Hajar mantap sambil mengesat air matanya dengan berlinangan. Ditabahkan hatinya dengan berkata: "Tentang keselamatan kami, serahkanlah urusan itu kepada Allah SWT. Pasti Dia akan membela kami. Masakan Dia menganiaya kami yang lemah ini." Lantas Siti Hajar menggenggam tangan suaminya. Kemudian dikucupnya penuh kasih sayang, minta reda di atas segala perbuatannya selama mereka bersama. "Cuma...," katanya lagi, "doakanlah agar datang pembelaan Allah SWT kepada kami."

    Nabi Ibrahim AS sangat terharu dan bersyukur. Isterinya Siti Hajar memang wanita terpilih. Dia segera mengangkat tangannya untuk berdoa: "Ya Tuhan kami, aku tinggalkan anak dan isteriku di padang pasir yang tandus tanpa pohon berkayu dan buah-buahan. Ya Tuhan kami, teguhkanlah hati mereka dengan mendirikan sembahyang, jadikanlah hati manusia tertarik kepada mereka, kurniakanlah rezeki pada mereka dari buah-buahan mudah-mudahan mereka bersyukur kepada-Mu."

    Tinggallah Siti Hajar bersama anaknya di dalam pelukkannya. Diiringi pemergian suaminya dengan linangan airmata untuk menerima segala kemungkinan yang akan berlaku. Tidak lama selepas pemergian Nabi Ubrahim AS, bekalan makanan dan minuman telah habis. Air susunya juga telah kering sama sekali. Anaknya Ismail AS menangis tidak henti-henti kerana kehausan. Siti Hajar hampir buntu. Di mana hendak diusahakannua air di tengah padang pasir yang kering kontang itu?

    Sedang dia mencari-cari sumber air, dilihatnya dari jauh seperti ada air bertakung. Dia berlari ke arah sumber air itu. Tetapi apa yang dilihatnya hanyalah fatamorgana. Namun Siti Hajar tidak berputus asa. Dari tempat dlain dia ternampak seolah-olah di tempat di mana anaknya diletakkan memancar sumber mata air. Diapun segera berlari ke arah anaknya. Tetapi sungguh malang, yang dilihatnya adalah fatamorgana. Tanpa disedari dia telah berulang-alik sebanyak tujuh kali antara dua bukit, Safa dan Marwa untuk mencari sumber air.
    Walaupun tubuhnya telah keletihan berlari ke sana ke mari mencari sumber air, namun tiada tanda-tanda dia akan mendapat air. Sedangkan anak yang telah kehausan itu terus menangis sambil menghentak-hentakkan kakinya ke bumi.
    Tiba-tiba dengan rahmat Allah SWT, sedang Siti Hajar mencari-cari air, terpancutlah air dari dalam bumi di hujung kaki anaknya Ismail AS. Waktu itu gembiranya hati Siti Hajar bukan kepalang. Dia pun mengambil air itu dan terkeluar dari mulutnya, "Zami, zami, zami." yang bermaksud, berkumpullah, kumpullah. Seolah-olah dia berkata kepada air itu, "Berkumpullah untuk anakku."

    Selepas peristiwa itu, kabilah-kabilah yang berlalu akan berhenti untuk mengambil air. Ada pula yang terus bermastautin di lembah Bakkah (Mekah) kerana dekat dengan sumber air itu. Begitulah kehendak Allah SWT. Sengaja didatangkan sebab musabab untuk menjadikan Islam gemilang dan Mekah menjadi tumpuan manusia untuk berdatangan.

    Perjuangan, ketegaran dan keteguhan iman Siti Hajar merupakan manifestasi seorang wanita solehah. Kekuatan akidah, kesabaran jiwa, ketakwaan hati, kekuatan mental, dan segala keutamaan yang tersemat pada susuk tubuh itu adalah teladan buat seluruh umat Islam.










Post a Comment