Dash | Follow

عائشة كيدال


Catatan dan penulisan ini bukan kerana nama. Nama tidak menjamin Redha Rabbuna. Penulisan ini bukan kerana harta. Lagilah harta tidak menjamin ke syurga. Bukan juga kerana terpaksa. Memaksa itu bukan sifatnya Habibullah. Ini bukan kerana sesiapa, kerana sesiapa bukan ghoyah utama. Penulisan ini hanyalah kerana Allah kerana redha-Nya adalah kunci kejayaan dunia. Gerbang menuju ke Jannah



owner stuff VVIP Back


JANGAN memandang aku seperti MALAIKAT , jika aku melakukan kesilapan , kamu menghina aku seperti SYAITAN , sedangkan aku manusia biasa sama seperti KAMU. .





.


Rabiatul Adawiyah Perindu Cinta Ilahi









Kecintaannya hadir saat penyesalan mengetuk pintu hati. Meninggalkan kegala kejahilan diri dan menjauhi segala kelalaian yang terpatri. Pada jiwanya hanya mendambakan cinta terangung dari ilahi. Mengharapkan kerdhaan dan kerahmatan sehingga menempuh kehidupan hakiki. Itulah perasaan suci srikandi terpilih, Rabiatul Adawiyah, wali sufi yang mengabdikan diri sepenuh hati kerana kecintaannya yang tinggi.

    Rabiatul Adawiyah dilahirkan sekitar awal kurun kedua Hijrah, berhampiran kota Basrah, Iraq. Walaupun dilahirkan dalam sebuah keluarga yang miskin dari segi harta dan kebendaan, namun kekayaan keluarganya terzahir dalam peribadatan kepada Allah SWT. Ayahnya adalah seorang guru agama yang sangat bertaqwa, tersingkir daripada kemewahan dunia, tetapi tidak pernah letih bersyukur daripada Allah SWT. Dia mendidik puterinya menjadi muslimah yang berjiwa bersih. Pendidikan yang diberikan bersumberkan kalam suci al-Quran. Atas didikan daripada ayahnya menjadikan Rabi’ah gemar menghafal dan menghayati al-Quran. Malah lebih daripada itu, Rabi’ah juga berjaya menjadi penghafal al-Quran.

    Selain menjadi seorang guru agama yang warak, ayah Rabi’ah juga bekerja sebagai pendayung sampan bagi mengangkut penumpang menyeberangi Sungai Dijlah. Rabi’ah akan sentiasa di samping, menemani ayahnya bekerja.
    Menjelang kedewasaannya itu, kehidupan Rabi’ah menjadi serba sempit. Kesusahan seolah-olah mengekori setiap langkahnya. Keadaan itu semakin buruk setelah ayah dan ibunya meninggal dunia. Lantaran itu, Rabi’ah tidak terkecuali daripada menerima ujian yang bertujuan membuktikan keteguhan imannya. Segala-galanya bermula tatkala dia mengambil keputusan untuk menggantikan tempat ayahnya sebagai pendayung sampan.

    Kemerduan suara ibarah buluh perindu yang dianugerahkan kepadanya menjadi titik permulaan perubahan dirinya ke arah kejahilan hidup. Rabi’ah melakukan sesuatu di luar batas keimanannya sebagai seorang muslimah yang dahulunya taat beragama. Rabi’ah akan mendendangkan lagu yang merdu ketika mendayung, untuk menarik minat orang menaiki sampannya. Laksana angin menghembus lembut, ibarat deruan air mengalir jernih, kemerduan suaranya itu telah menarik hati seseorang lelaki untuk membawanya kepada raja. Di istana, Rabi’ah terpaksa berkhidmat untuk raja. Setiap hari dia menyanyi dan menuang arak kepada raja dan para tetamu.

    Menyedari anugerah yang tercipta itu adalah pengundang dosa-dosanya. Keresahan mula bermukim terus di hati. Saat kelalaian itu tenggelam dalam kemerduan suaranya. Dia mula bermuhasabah, meratapi kesilapan jalan yang dipilih. Rabi’ah merasakan dia sungguh hina di sisi Allah SWT atas perbuatan yang telah dia lakukan. Keinsafan membaluti dirinya sehingga membawa kembali cahaya keimanan dan ketaqwaan dalam dirinya. Dari hari itu, Rabi’ah tidak mahu lagi menyanyi dan menuang arak. Dia menghabiskan kehidupan sehariannya dengan duduk bersendirian berzikir kepada Allah SWT.

    Melihat perubahan dalam diri Rabi’ah, telah mengundang kemurkaan kepada raja. Rabi’ah telah diseksa oleh raja dengan menghukumnya melakukan kerja-kerja yang berat. Malah, pernah suatu hari pengawal raja diarahkan agar melepaskan ular dank ala jengking ke dalam bilik Rabi’ah kerana raja tidak senang melihat dia sentiasa berzikir.
    Tetapi akhirnya ular tersebut telah menerkam pengawal raja. Bagi Rabi’ah pula, dia tetap tenang dalam ibadatnya. Walaupun dia tidak diberi makan dan minum, namun dia masih mampu menjalankan ibadat kerana penyerahan hatinya telah diberikan sepenuhnya kepada Allah SWT.

    Kala malam menjengah tiba, munajatnya semakin tinggi kepada Ilahi. Kesunyian di ketenangan malam member ruang kepadanya untuk melafazkan doa-doa yang meruntun hati. “Ya Allah, ya Tuhanku. Aku berlindung diri kepada engkau daripada segala yang ada yang boleh memesongkan diri daripada-Mu, daripada segala pendindiing yang boleh mendinding antara aku dengan engkau!”
    Tuhanku! Bintang-bintang telah menjelma indah, mata telah tidur nyenyak, semua pemilik telah menutup pintunya dan inilah dudukku di hadapan-Mu.’
    “Tuhanku! Tiada kudengar suara binatang yang mengaum, tiada desiran pohon yang bergeser, tiada siulan burung yang menyanyi, tiada nikmatnya teduhan yang melindungi, tiada tiupan angin yang nyaman, tiada dentuman guruh yang menakutkan melainkan aku dapati semua itu menjadi bukti keEsaan-Mu dan menunjukkan tiada sesuatu yang menyamai-Mu.
    “Sekalian manusia telah tidur dan semua orang yang lalai dengan asyik maksyuknya. Yang tinggal hanya Rabi’ah yang banyak kesalahan di hadapan-Mu. Maka moga-moga Engkau berikan suatu pandangan kepadanya yang akan menahannya daripada tidur supaya dia dapat berkhidmat kepada-Mu.”

    Pernah juga terjadi suatu malam yang sunyi sepi, di kala masyarakat sedang lena mengulit mimpi, seseorang pencuri menceroboh masuk ke dalam pondok using Rabi’ah. Pencuri itu menyelongkar segenap ruang rumah mencari-cari harta yang boleh dicurinya. Namun, dia tidak menemui sebarang harta yang berharga kecuali sebuah kendi untuk kegunaan berwuduk, itupun rupa fizikal kendi itu terlalu buruk.

    “Kekasihku tiada menyamai kekasih lain biar bagaimanapun, Tiada selain DIA di dalam hatiku mempunyai tempat manapun, Kekasihku ghaib daripada penglihatanku dan peribadiku sekalipun. Akan tetapi DIA tidak pernah ghaib di dalam hatiku walau sedetik pun.”

    Merasakan tiada apa yang mampu dicuri, pencuri it uterus tergesa-gesa untuk keluar dari pondok tersebut. Tiba-tiba Rabi’ah menegur si pencuri tersebut, “Hei, janganlah kamu keluar sebelum kamu mengambil sesuatu dari rumahku ini.” Si pencuri tersebut nyata terperanjat kerana dia menyangka tiada penghuni di pondok tersebut. Tetapi sebenarnya Rabi’ah sedang tekun beribadat kepada Allah SWT. Si pencuri itu juga berasa hairan kerana baru kini dia menemui tuan rumah yang begitu baik hati seperti Rabiatul Adawiyah. Kebiasaanya tuan rumah pasti akan menjerit meminta tolong apabila ada pencuri memasuki rumahnya, namun lain pula yang berlaku. “Silalah ambil sesuatu yang berharga buatmu wahai pemuda.” Rabi’ah berkata lagi. Lantas pencuri itu membalas, “Tiada apa-apa yang boleh aku ambil daripada rumahmu ini.” Si pencuri berterus-terang. “Ambillah itu!” kata Rabiatul Adawiyah sambil menunjuk pada kendi yang buruk tadi. ‘Ini hanyalah sebuah kendi buruk yang tidak berharga.” Jawab si pencuri. “Ambil kendi itu dan bawa ke bilik air. Kemudian kamu ambil wudhu’ menggunakan kendi itu. Selepas itu, solatlah dua rakaat. Dengan demikian, engkau telah mengambil sesuatu yang sangat berharga daripada pondok burukku ini.” Balas Rabiah dengan penuh berhemat.

    Mendengar kata-kata itu, si pencuri tadi berasa berdebar dan tubuhnya gementar. Hatinya yang selama ini keras, menjadi lembut seperti terpukau dengan kata-kata Rabiatul Adawiyah itu. Lantas si pencuri mencapai kendi buruk itu dan dibawa ke bilik air, lalu berwudhu’ menggunakannya. Kemudian dia menunaikan solat dua rakaat. Ternyata dia merasakan suatu kemanisan dan kelazatan dalam jiwanya yang tidak pernah dirasa sebelum ini.

    Rabiatul Adawiyah lantas berdoa, “Ya Allah, pencuri ini telah menceroboh masuk ke rumahku. Akan tetapi dia tidak menemui sebarang benda berharga untuk dicuri. Kemudian aku suruh dia berdiri di hadapan-Mu. Oleh itu, janganlah Engkau paling ida daripada memperolehi nikmat dan rahmat-Mu.” 







Post a Comment