Dash | Follow

عائشة كيدال


Catatan dan penulisan ini bukan kerana nama. Nama tidak menjamin Redha Rabbuna. Penulisan ini bukan kerana harta. Lagilah harta tidak menjamin ke syurga. Bukan juga kerana terpaksa. Memaksa itu bukan sifatnya Habibullah. Ini bukan kerana sesiapa, kerana sesiapa bukan ghoyah utama. Penulisan ini hanyalah kerana Allah kerana redha-Nya adalah kunci kejayaan dunia. Gerbang menuju ke Jannah



owner stuff VVIP Back


JANGAN memandang aku seperti MALAIKAT , jika aku melakukan kesilapan , kamu menghina aku seperti SYAITAN , sedangkan aku manusia biasa sama seperti KAMU. .





.


Praktikkan Rasa Ukhuwah Sesama Saudara


Bismillahirrahmanirrahim. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.


    Islam telah menggariskan dasar-dasar dan cara yang positif dalam usaha mempererat ikatan cinta kasih dan roh ukhuwah. Jika dasar-dasar ini dipegang teguh oleh umat Islam, maka persaudaraan itu akan semakin kukuh. Beberapa panduan untuk mencapai pengukuhan roh ukhuwah, antaranya : 

Menyatakan Rasa Kasih
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila seseorang mencintai saudaranya maha hendaknya ia memberitahu kepadanya.” (Riwayat Abu Daud tirmizi) 

Saling Mendoakan
Sabda Rasulullah SAW, maksudnya: “ Doa seseorang sahabat kepada sahabatnya yang lain kerana Allah dalam tempat yang berjauhan akan diterima oleh Allah s.w.t.” (Riwayat Muslim) 

Menampakkan Wajah Yang Ceria
Diriwayatkan daripada Abu Dzar R.A. bahawa Rasulullah bersabda maksudnya: “Janganlah engkau meremehkan apa-apa sahaja kebaikan (yang datang daripada saudaramu). Jika engkau berjumpa saudaramu, berikan dia senyuman kegembiraan.” (Riwayat Muslim)


Bersalaman Apabila Bertemu
Rasulullah SAW menganjurkan umatnya untuk berjabat tangan apbila bertemu dengan saudara mereka. Hal ini sesuai dengan hadis yang bermaksud: “Tidak ada dua orang Mukmin yang berjumpa, kemudian mereka berjabat tangan melainkan kedua-dua akan diampunkan dosa-dosa mereka sebelum berpisah.” (Riwayat Abu Daud) 

Menzirahi
Nabi Muhammad SAW bersabda, Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Orang yang berkasih sayang kerana Allah, orang yang saling berziarah kerana Aku, orang yang saling member kerana Aku, orang yang saling berhubungan kerana Aku, mereka semua berhak mendapat kasih sayang-Ku.” (Riwayat Ahmad) 

Sebarkan Salam
Rasulullah SAW bersabda, ertinya: “Hak seorang Muslim terhadap Muslim lainnya ada enam, jika kamu bertemu dengannya, ucapkan salam kepadanya. .” (Riwayat al-Bukhari, Muslim dan Ahmad) 

Memberi Hadiah
Imam Dailami meeriwayatkan daripada  Anas, bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: “Kerapkan saling memberi hadiah kerana hadiah itu dapat meneguhkan rasa cinta dan menghilangkan kekotoran hati.” (Riwayat al-Tabarani) 

Makna Keperluan Saudara
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A. bahawa Rasulullah SAW bersabda, ertinya: “Sesiapa yang meringankan beban penderitaan seorang Mukmin di dunia, pasti Allah akan meringankan beban penderitaannya di akhirat kelak.  Sesiapa yang memudahkan orang dalam keadaan susah, pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan akhirat. Sesiapa yang menutup aib seorang Muslim pasti Allah akan menutup (aibnya) di dunia dan akhirat. Dan Allah akan selalu menolong hamba-Nya jika hamba tersebut menolong saudaranya.” (Riwayat Muslim) 







Post a Comment