Dash | Follow

عائشة كيدال


Catatan dan penulisan ini bukan kerana nama. Nama tidak menjamin Redha Rabbuna. Penulisan ini bukan kerana harta. Lagilah harta tidak menjamin ke syurga. Bukan juga kerana terpaksa. Memaksa itu bukan sifatnya Habibullah. Ini bukan kerana sesiapa, kerana sesiapa bukan ghoyah utama. Penulisan ini hanyalah kerana Allah kerana redha-Nya adalah kunci kejayaan dunia. Gerbang menuju ke Jannah



owner stuff VVIP Back


JANGAN memandang aku seperti MALAIKAT , jika aku melakukan kesilapan , kamu menghina aku seperti SYAITAN , sedangkan aku manusia biasa sama seperti KAMU. .





.


Pilihlah Sahabat dengan Bijak.







Dalam hadis di atas, Rasulullah SAW memberikan gambaran yang jelas kepada umatnya bahawa seorang manusia boleh mempengaruhi orang lain. Sama ada perilaku yang baik ataupun buruk, orang yang sentiasa bergaul dengannya pasti akan terikut-ikut dengan gaya hidupnya walaupun sedikit. Ini kerana dalam ilmu akhlak, peribadi manusia boleh dipengaruhi oleh banyak factor, antaranya seperti pergaulan dengan individu di sekelilingnya. Maka, pemilihan teman akan menentukan acuan akhlak seseorang sama ada baik atau sebaliknya. 

Sedia maklum, Rasulullah SAW sentiasa memberikan tunjuk ajar dan nasihat kepada manusia dalam semua lapangan hidup mereka. Dalam hadis ini lagi, Baginda memerintah umatnya supaya meneliti  dan memerhatikan individu yang dijadikan sebagai sahabat. Perlu diingat, pemerhatian ini bukanlah bertujuan supaya teman yang dicari itu perlu mempunyai satu pemikiran dan corak kehidupan yang sama dengannya. Bahkan, sifat seorang sahabat yang baik ialah membantu orang lain dalam urusan agama dan kehidupan mereka. Inilah tradisi mulia yang telah diajar oleh Rasulullah SAW kepada umatnya. 

Perkara ini telah dijelaskan menerusi sebuah contoh yang dinyatakan dalam sebuahhadis, maksudnya: “Perumpamaan seorang sahabat yang baik dan buruk adalah seperti seorang pembawa minyak wangi , sama ada dia memberikan minyak wanginya kepada kamu atau kamu membelinya daripada dia atau kamu terkena bauan yang wangi daripadanya. Manakal peniup besi itu, sama ada dia menyebabkan pakaianmu terbakar atau kamu mendapat bauan yang busuk daripadanya.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim) 

Seorang Muslim yang menitikberatkan masa depannya di dunia dan akhirat akan selalu berhati-hati dan berwaspada ketika bergaul dengan orang lain. Berbeza pula dengan individu yang bebas bergaul  tanpa melihat kepada peribadi seseorang, sama ada dia akan mengajak orang lain melakukan kejatahan atau dia sendiri yang akan terpengaruh dengan kejahatan yang dilakukan oleh sahabatnya itu.






Post a Comment