Dash | Follow

عائشة كيدال


Catatan dan penulisan ini bukan kerana nama. Nama tidak menjamin Redha Rabbuna. Penulisan ini bukan kerana harta. Lagilah harta tidak menjamin ke syurga. Bukan juga kerana terpaksa. Memaksa itu bukan sifatnya Habibullah. Ini bukan kerana sesiapa, kerana sesiapa bukan ghoyah utama. Penulisan ini hanyalah kerana Allah kerana redha-Nya adalah kunci kejayaan dunia. Gerbang menuju ke Jannah



owner stuff VVIP Back


JANGAN memandang aku seperti MALAIKAT , jika aku melakukan kesilapan , kamu menghina aku seperti SYAITAN , sedangkan aku manusia biasa sama seperti KAMU. .





.


Kejutan Kudrat









LAILAHAILLAH. . .Waktu sudah melawati dua pertiga malam. Suntikan kopi Vietnam yang dihadiahkan sahabat masih segar terasa di tekak. . .nikmat. Sudah beberapa ketika mata menetap skrin computer menyiapkan kerja. Belum ada tanda-tanda mahu berlabuh mata ini.

    Tapi, apa itu? Nun di tepian tikar buluh yang hitam ini, ada seakan kerdipan halus berwarna putih kekuningan. Aku gamit dekat-dekat. Subhanallah. .semut rupanya. Sedang asyik melarikan sisa biskut yang dimamahkan anakku tadi, hebat. .diangkat cebisan itu satu-persatu, seragam dalam barisan yang teratur.

    Ada seekor yang sedikit tercicir ke belakang,mungkin kerana cebisan yang dipikulnya jauh lebih besar, tapi dengan izin Allah, semut kerdil ini mampu memikulnya sendirian.

    Mereka tiada berakal, tapi ‘mind set’nya tinggi. Taat setia pada permaisuri (ketua) sedia berkhidmat untuk keluarga. Berusaha tanpa berkira siapa buat kerja lebih, tanpa riyak bangga, tanpa mengharap balasan yang lebih. Antara makhluk yang sentiasa di jalan yang ‘lurus'.

    Kita juga harus begitu. ‘Mind set’ kita harus tinggi dan sentiasa uji kemampuan kita. Sesungguhnya kekuatan luar biasa datang daripada akal, bukan dari fizikal. Lihat saja adik-adik kita pulang dari sekolah memikul suatu luar kemampuan usia mereka. Haruslah kita memiliki sifat ihsan dan rasa belas kasih.

    Ketika aku dalam Kelab Kembara zaman sekolah dulu pun Cikgu Cheng ada bagi tips perkemahan, katanya, “Berat beg ‘camping’ jangan melebihi 1/3 daripada berat badan individu.” Manusia bukan macam cimpanzi yang seekor dewasa kudratnya menyamai enam orang manusia dewasa.

    Nak ‘spray’ (racun) ke kawanan semut tadi? Semut antara makhluk yang dilarang membunuhnya, tapi ada keharusannya di dalam rumah semata-mata selagi ia mengganggu kehidupan kita – luar rumah tak boleh! Insya-Allah, menjelang pagi esok selesaikan urusan si semut ini, biarkanlah. Ya Allah, rahmatilah makhluk-Mu, cukupkan kami dengan sedikit daripada nikmat-Mu. .

    Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah SWT mewajibkan berbuat baik kepada setiap sesuatu (perkara).” (Riwayat Muslim)






Post a Comment