Dash | Follow

عائشة كيدال


Catatan dan penulisan ini bukan kerana nama. Nama tidak menjamin Redha Rabbuna. Penulisan ini bukan kerana harta. Lagilah harta tidak menjamin ke syurga. Bukan juga kerana terpaksa. Memaksa itu bukan sifatnya Habibullah. Ini bukan kerana sesiapa, kerana sesiapa bukan ghoyah utama. Penulisan ini hanyalah kerana Allah kerana redha-Nya adalah kunci kejayaan dunia. Gerbang menuju ke Jannah



owner stuff VVIP Back


JANGAN memandang aku seperti MALAIKAT , jika aku melakukan kesilapan , kamu menghina aku seperti SYAITAN , sedangkan aku manusia biasa sama seperti KAMU. .





.


Bersahabat Sampai Ke Syurga






Ikhlas Dalam Persahabatan

Firman Allah SWT dalam surah al-Syura ayat 23 yang bermaksud: “Itulah yang Allah gembirakan hamba-hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh. Katakanlah: Aku tidak meminta kepadamu untuk ajaran Islam yang aku sampaikan itu, melainkan kasih mesra disebabkan pertalian kerabat. Dan sesiapa mengerjakan sesuatu yang baik, Kami tambahkan kebaikan baginya kebaikannya itu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya.”

Tidak Bersangka Buruk Dalam Persahabatan
Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 12 yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa, dan janganlah kamu mencari kesalahan orang, dan jangan setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah kamu suka makan saudaranya yang telah mati? Maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. Dan bertawakal kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.


Saling Menasihati Dalam Persahabatan
Firman Allah SWT dalam surah al-Nisa’ ayat 114 yang bermaksud: “Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan-bisikan mereka, kecuali orang yang menyuruh bersedekah,atau berbuat kebaikan atau mendamaikan di antara manusia. Dan sesiapa yang berbuat demikian kerana mencari keredhaan Allah maka Kami akan member pahala yang besar.”


Sentiasa Memaafkan Dalam Persahabatan
Firman Allah SWT dalam surah al-Nisa ayat 148 yang bermaksud: "Jika kamu melahirkan sesuatu kebaikan atau sembunyikannya, atau kamu memaafkan kesalahan, maka sesungguhnya Allah adalah Maha Pemaaf, lagi Maha Kuasa.”


Menjaga Suara Dalam Persahabatan
Firman Allah SWT dalam surah Luqman ayat 19 yang bermaksud: “Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu, sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai.”


Amal Makruf Dalam Persahabatan
Firman Allah SWT dalam surah al-Taubah ayat 71 yang bermaksud: “Dan orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain, mereka menyuruh berbuat baik, dan melarang daripada berbuat kejahatan, dan mendirikan sembahyang dan member zakat, serta taat kepada Allah dan rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah, sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”


Jujur Dalam Persahabatan
Firman Allah SWT dalam surah al-Maidah ayat 119 yang bermaksud: “Allah berfirman: Inilah hari padanya orang yang benar mendapat manfaat daripada kebenaran mereka, mereka  beroleh syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Allah redha akan mereka dan mereka pula redha akan Dia. Itulah kejayaan amat besar.”







Post a Comment